KAJIAN SAINTIFIK KELEBIHAN ZIKIR
| Human Brain |
Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American keluaran Disember 1993. Satu kajian telah dijalankan di Universiti Washington dan ia dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia yang secara tidak sedar.
Dalam kajian ini, sukarelawan-sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan dan mengaitkan perkataan-perkataan ini dengan kata kerja yang berlainan.
Apabila sukarelawan memulakan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.
Menariknya! apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak di kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain.
Apabila senarai perkataan baru diberkan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekaligus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.
Oleh itu, saudara-saudaraku se-Islam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.
Suatu peringatan buat saya juga....
No comments:
Post a Comment